Wednesday 2 March 2011

Masjid Sultan Hj. Abd. Halim Muazzam Shah

TAJUK:
Sejarah dan Peranan Masjid Sultan Hj. Abdul Halim Muazzam Shah

DISEDIAKAN OLEH:
Hazwani Binti Saad
No Matrix : 2010846118
Kumpulan : BMB2Bb

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU551

PROGRAM:
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Kewangan)
BM222

TARIKH BENTANG:
17 FEBRUARI 2011

TARIKH HANTAR:
2 MAC 2011



ISI KANDUNGAN

TAJUK:

Sejarah dan Peranan Masjid Sultan Hj. Abd Halim Muazzam Shah

1.     Abstrak
2. Pengertian masjid
3.    Pendahuluan
4.      Organisasi masjid
5.      Sejarah penubuhan
6.      Aktiviti
6.1  harian
6.2  mingguan
6.3  khas
6.4  Ramadhan
7.     Permasalahan dan Penyelesaian
8.  Harapan
9.      Penutup
10 Bibliografi



ABSTRAK

Masjid merupakan tempat  bagi umat Islam menunaikan ibadat dan merupakan rumah Allah. Masjid menjadi pilihan saya dalam melaksankan tugasan CTU ini. Saya memilih masjid kerana masjid menjadi nadi dalam sesebuah kawasan yang didiami. Masjid bukan sahaja menjadi tempat untuk beribadat malah lebih daripada itu sebenarnya. Ia menjadi tempat pertemuan untuk berbincang, melakukan aktiviti yang berfaedah dan menjadi tempat untuk menuntut ilmu. Menguruskan masjid bukanlah mudah seperti yang disangka tetapi ia memerlukan orang-orang yang bertanggungjawab dan komited dalam menggerakkan aktiviti masjid.




PENGERTIAN MASJID

Mengikut kamus dewan, "masjid" berasal daripada perkataan arab iaitu "masjid" atau "masjad”, yang bermaksud tempat sujud. Sujud bermaksud merendahkan diri dengan menunjukkan ketaatan yang tinggi sehingga sanggup mengabdikan diri. Sebagai orang Islam,kita diwajibkan menunaikan solat yang merupakan salah satu ibadat yang melambangkan ketaatan dan pengabdian seorang hamba kepada Allah sebagai Pencipta kerana di dalam solat, kita bersujud kepada Allah. Oleh itu, secara ringkasnya masjid ialah tempat umat Islam menunaikan solat.

Masjid ialah tempat umat Islam mendirikan solat secara berjemaah, menjalankan kegiatan keagamaan yang lain serta disunatkan beriktikaf di dalamnya. Solat berjemaah di masjid diketuai oleh imam.

Pada zaman Rasulullah S.A.W, masjid bukan sahaja menjadi tempat menunaikan ibadah, malah masjid merupakan tempat perkongsian ilmu dan perbincangan.

PENDAHULUAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT. kerana dengan izinnya saya telah diberi peluang dan ruang masa untuk melaksanakan tugasan CTU yang telah diamanahkan semasa cuti pertengahan semester yang lalu. Terima kasih saya ucapkan kepada Hj. Mohsin iaitu setiausaha Masjid Sultan Hj. Abdul Halim Muazzam Shah yang sudi meluangkan masa untuk ditemu bual.Terima kasih juga kepada keluarga saya yang juga banyak membantu, ustaz yang banyak memberi panduan dan kepada rakan-rakan yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Saya telah memilih untuk menyelidik tentang sejarah dan peranan masjid di kampung saya iaitu Masjid Sultan Hj. Abdul Halim Muazzam Shah, Kampung Kabu 10, Yan, Kedah. Saya telah berkesempatan untuk menemu bual setiausaha masjid berkenaan iaitu Hj. Mohsin b. Hj. Ismail di kediaman beliau.

Daripada hasil temu bual tersebut, saya banyak mendapat maklumat tentang latar belakang penubuhan masjid, aktiviti yang dijalankan, permasalahan yang dihadap serta kaedah kepada penyelasaian masalah tersebut. Banyak maklumat yang saya peroleh dan hasil kajian ini membuatkan saya lebih tahu tentang masjid di kampung saya ini.

Saya berharap maklumat yang saya peroleh ini serba sedikit dapat memberi infomasi tetang masjid Sultan Hj. Abdul Halim Muazzam Shah yang terletak di Kampung Kabu 10 ini.

ORGANISASI  MASJID

Pengerusi          : Hj. Abdullah@Latif b. Hj. Hamid
Naib Pengerusi : Hj. Zulkifli b. Nayan (biro pelajaran)
Setiausaha        : Hj. Mohsin b. Hj. Ismail
Bendahari         : Hj. Yahya b. Hj. Saad (biro kebersihan)
AJK                  : En. Ayob b. Hj. Osman (biro pembangunan)
                          : En. Abu Kassim b. Awang (biro kebajikan)
                          : Hj. Kassim b. Hj. Bakar (biro dakwah)


PEGAWAI  MASJID

Imam   : Hj. Abdullah@Latif b. Hj. Hamid
Bilal 1  : Hj. Kassim b. Hj. Bakar
Bilal 2  : Hj. Sulaiman b. Taha
Siak 1  : En. Rejab b. Mat
Siak 2  : En. Ishak b. Hussin



SEJARAH PENUBUHAN MASJID

Masjid ini telah siap diubahsuai pada tahun1988. Ini merupakan pembinan buat kali kedua selepas pembinan kali pertama. Penambahbaikan banyak dilakukan dalam pembinaan kali kedua tersebut. Penambahan ini dilakukan berikutan keadaan masjid asal yang uzur dan agak kecil untuk menampung jemaah yang semakin ramai.

Pengubahsuaian masjid melibatkan kerja-kerja memperluas masjid, menggantikan struktur asal iaitu daripada kayu kepada konkrit. Selain itu, kemudahan seperti tempat untuk berwuduk dan tandas juga dinaik taraf. Ini adalah untuk kemudahan penduduk kampung yang semakin bertambah. Peralatan juga ditukar seperti pembesar suara dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

Masjid ini telah ditukar nama dari Masjid Kampung Kabu 10 kepada nama baru iaitu Masjid Sultan Hj. Abdul Halim Muazzam Shah pada tahun 1998 iaitu selepas ia siap dubahsuai. Masjid ini telah drasmikan oleh Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muazzam Shah pada hari Jumaat 27 muharam 1409 bersamaan 9 September 1988.



AKTIVITI  MASJID

Aktiviti Harian

Aktiviti harian masjid ini adalah seperti biasa iaitu solat jemaah pada setiap waktu iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Setiap waktu, kehadiran jemaah adalah lebih kurang 30 orang sahaja.  Setiap solat waktu, tadak semestinya imam yang dilantik sahaja yang menjadi imam. Selalunya imam bersilih ganti tetapi mereka ini dilatih terlebih dahulu oleh orang yang berpengalaman. Keadaan ini adalah untuk melatih anak khariah menjadi imam pada masa hadapan.

Setiap pagi selepas subuh ada diadakan tazkirah subuh. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Mutalib b. Hussin iaitu Pegawai Penyelaras Agama Daerah Yan. Jika beliau tidak ada, imam yang akan memberi tazkirah tersebut. Selain itu, antara waktu magrib dan isyak juga ada tazkirah sementara mengisi masa menanti masuknya waktu isyak. Tazkirah selalunya disampaikan oleh ahli jawatankuasa masjid yang bertugas.

Aktiviti Mingguan

Pada hari Jumaat iaitu solat Jumaat selalunya jemaah penuh berbanding solat waktu harian. Solat Jumaat selalunya diimamkan oleh imam masjid ini sendiri. Khutbah pula disampaikan oleh khatib yang bertugas pada hari tersebut.

Aktiviti di masjid ini dijalankan pada hari Jumaat. Pada waktu petang selepas solat Jumaat, kelas pengajian al-qur’an diadakan.Kelas bermula pada jam 3 petang di bahagian solat jemaah wanita. Kelas ini tertumpu kepada kaum hawa dan kebanyakkannya terdiri daripada suri rumah dan terdapat juga anak-anak yang turut sama hadir. Pihak masjid iaitu biro dakwah telah menjemput Ustazah Siti Mahani iaitu seorang guru KAFA untuk mengajar. Proses pembelajaran merangkumi hukum tajwid, sebutan huruf dan sebagainya yang berkaitan dengan bacaan ayat al-qur’an. Kelas ini berjalan selama dua jam pada setiap minggu.

Selain itu, pada sebelah malam pula, kelas yang sama diadakan juga untuk semua jemaah yang datang bersolat di masjid ini. Aktiviti ini dijalankan selepas solat isyak di dalam masjid. Kelas ini dijalankan oleh ustaz jemputan dari Kolej INSANIAH iaitu Ustaz Nasir b. Hj. Awang.

Aktiviti Khas

Aktiviti khas merupakan aktiviti yang dibuat berdasarkan bulan-bulan Islam. Contohnya mengadakan ceramah tentang keputeraan Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul. Majlis khas seperti ini selalunya pihak masjid akan mengundang penceramah dari luar.

Selain itu, masjid ini menjadi tempat pertemuan guru-guru Takmir untuk bermusyawarah. Guru-guru ini datang dari seluruh daerah Yan. Ia diadakan dalam tiga atau empat bulan sekali. Tujuannya adalah untuk membincangkan tentang masalah yang dihadapi agar dapat dselesaikan secara syura. Mereka juga berbincang tentang isu-isu semasa dan perkara-perkara baru yang berkaitan dengan keagamaan.

Gotong-royong juga menjadi aktiviti wajib di masjid. Ia dilakukan dalam dua bulan sekali. Aktviti ini melibatkan penduduk kanpung dan belia-belia. Kerja-kerja membersihkan ini melibatkan kawasan masjid dan kawasan perkuburan.




Aktiviti Bulan Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan, diadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai. Tradisi ini telah dijalankan sejak dari penubuhan masjid ini lagi. Pihak masjid akan menempah makanan untuk berbuka. Ada juga penduduk yang member sumbangan untuk majlis berbuka puasa ini.

Selepas selesai berbuka puasa beramai-ramai, jemaah akan menunaikan solat maghrib, isyak dan seterusnya solat terawih secara berjemaah. Istimewanya solat terawih di masjid ini ialah sepanjang Ramadhan, solat terwih akan diimamkan oleh imam jemputan iaitu tahfiz dari Kolej INSANIAH. Imam adalah bersilih ganti sepanjang bulan tersebut. Selain itu, majlis tadarus beramai-ramai juga diadakan untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini.



PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN

Masalah pertama yang pernah dihadapi oleh masjid ini ialah masalah kebersihan masjid. Masalah ini terjadi kerana tidak ada pekerja untuk menjaga masjid ini. Masalah yang dihadapi adalah seperti berhabuk, sejadah yang tidak disimpan selepas digunakan dan buku-buku agama yang tidak disusun.  Oleh itu, pihak masjid telah melantik pembantu tok siak untuk mengemas masjid. Selepas itu, masalah ini tidak berlaku lagi dan masjid sentiasa berada dalam keadaan bersih,kemas dan teratur.

Masalah kedua yang pernah berlaku di masjid ini ialah kecurian. Barang yang pernah dicuri ialah vacum masjid. Kedaan ini terjadi kerana ia tidak disimpan ditempat yang sepatutnya. Penyelesaian kepada masalah ini ialah pihak masjid telah membina sebuah stor untuk menyimpan barang-barang masjid. Stor ini dikunci dengan rapi.

Masalah seterusnya yang sering berlaku di kebanyakan masjid ialah bilangan jemaah yang datang ke masjid. Masalah ini paling ketara dapat dilihat pada masa solat lima waktu kerana boleh dianggarkan hanya 30 orang sahaja yang hadir untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Kebanyakan yang hadir adalah golongan pertengahan umur dan warga emas sahaja. Pihak masjid masih lagi mencari penyelesaian kepada masalah ini kerana pelbagai pendekatan telah diambil tetapi keadaan masih tidak berubah.


KENANGAN

Masjid ini mempunyai kenangan apabila pernah mengajurkan Forum Perdana. Penceramah yang diundang pada masa itu ialah Ustazah Mashitoh. Sambutan penduduk dalam majlis tersebut adalah sangat menggalakkan.
Selain itu, biro pendidikan masjid ini pernah menganjurkan kem khemah ibadat untuk remaja di kampung ini. Tujuan kem ini diadakan adalah untuk mendidik remaja mendalami cara-cara menganbil wuduk dan bersolat dengan sempurna dan betul.

HARAPAN ORANG YANG DITEMU BUAL

Masjid ini pernah membuat satu bancian baru-baru ini terhadap bilangan penduduk kampung yang berusia 15 tahun keatas. Hasil daripada bancian tersebut, Hj. Mohsin iaitu setiausaha masjid yang saya temu bual tersebut barharap agar masyarakat khariah Kampung Kabu 10 khususnya dapat member kerjasama bagi setiap program yang dianjurkan oleh pihak masjid. Belia juga berharap agar penduduk dapat mengimarahkan lagi masjid kampung ini. Belia juga berharap agar belia di kampung ini dapat menyumbangkan pendapat untuk memperbanyak lagi aktiviti di masjid terutamanya yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan.

PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, saya berharap agar remaja-remaja di kampung ini lebih ramai yang datang menunaikan solat berjemaah di masjid ini. Hal ini kerana generasi muda akan menjadi pemimpin pada masa hadapan dan merekalah yang akan mengambil alih kepimpinan masjid ini.generasi muda akan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir masjid ini agar ia tidak hanya ada pada nama tetapi tidak mempunyai sebarang peranan kepada masyarakat.
Mendekatkan diri dengan rumah Allah bermakna kita sedang mendekatkan diri dengan Allah. Orang yang selalu berada di rumah Allah dan beriktikaf insyaallah akan sentiasa mendapat ketenangan walaupun menghadapi masalah.

Rasulullah SAW pernah bersabda menerusi riwayat Sayidina Uthman Affan r.a :
“ Sesiapa yang membina masjid semata-mata kerana Allah, Allah akan membina baginya sebuah mahligai di dalam syurga ’’

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk mengimarahkan masjid kerana ia merupakan tempat yang suci. Mengunjungi masjid samalah seperti kita mengujung ke rumah Allah. Menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk menjaga kesucian tempat kita beribadat.
Sekian.

BIBLIOGRAFI

  1.    Hj. Mohsin b. Hj. Ismail, Setiausaha Masjid Sultan Hj. Abdul Halim Muazzam Shah
  2.   Noresah Baharom, d. (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
  3.  Al-Quran.(1996).Tafsir Pimpinan Ar.Rahman Kepada Pengertian Al-Quran 30 Juzuk (Sheik Abdullah Basmeih).Kuala Lumpur:Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.
  4.  Mujieb, M. A. (1997). Kamus Istilah Fiqah. Selangor: Advance Publication.
  5.